19 January 2010

HISTERIA

HISTERIA - Gangguan makhluk halus atau masalah psikologi ?

Pada tahun Julai 2008, negara digemparkan dengan kes histeria yang
membabitkan 35 orang pelajar Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan. Lebih
menghairankan lagi, serangan histeria tersebut dikatakan berlaku hampir setiap hari
sehingga sesi pembelajaran terganggu. Ramai mempercayai ia akibat gangguan
makhluk halus. Bagaimana pula dari segi perubatan ?

Professor yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia, Prof Dr. Azhar Md Zain menjelaskan histeria berlaku di seluruh dunia,
termasuk di barat. Namun, bilangan kes semakin berkurangan apabila sesebuah
negara semakin maju. Beliau ada mencadangkan satu kajian perlu dibuat untuk melihat
mengapa masih wujud kes histeria di sekolah walaupun masyarakat Malaysia kini
semakin moden dan maju.

Histeria dari sudut perubatan

Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder'
dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.
Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya
akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu
walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan.
Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat
saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan
meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak
dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal. Prof Azhar berkata, Dissociative
Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar
sekolah, penuntut IPT dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat lebih popular
dengan histeria jenis conversion disorder.

Histeria dari perspektif Islam

Menurut pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustapa, histeria mengikut perspektif
Islam adalah merujuk kepada keaadaan di mana manusia tidak sedar, dirasuk dan
hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat
masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat. Ia boleh berlaku apabila
seseorang itu tidak sedarkan diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka
sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar
batasan manusia normal serta hilang ingatan.

Trend popular semasa musim orientasi dan musim peperiksaan ?

Pada 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan
kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi.
Namun ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil pada 1990-an. Berdasarkan
kajian kes terdahulu, kebanyakkan kes histeria didapati berlaku dalam minggu
peperikaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dipercayai penglibatan
terlalu banyak aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar
dikatakan punca kepada kes histeria semasa minggu orientasi.

Selain itu, pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerena tidak dapat mengawal
konflik seperti mengikut disiplin yang ketat selain kerinduan pada keluarga. Dalam kes
1980-an, kebanyakkan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya
lebih tinggi berbanding sekolah biasa.

Kes membabitkan perkerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai
berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering
mendengar cerita mengenai hantu.

Wanita lebih cenderung dengan fenomena histeria ?

Menurut Prof Dr Azhar, kebanyakkan kes membabitkan wanita kerana tahap
ketakutan mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Tambah Prof Dr Azhar lagi, histeria
sebenarnya berlaku kerana konflik yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh
individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan
kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

oleh: Mua’lij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

0 Comments:

Pelbagai Jenis Za'faran

Photobucket

Photobucket

Photobucket