19 January 2010

SAKA

SAKA

Ada yang beranggapan dalam semua kes gangguan rohani yang paling susah
untuk rawat adalah saka. Betul atau tidak, bukan persoalan, kerana bagi saya yang
paling susah untuk rawat adalah hati. Kerana hati adalah raja dalam diri, akal menteri
dalam tubuh. Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah
sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada
seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud
apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan
diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut
sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal
dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut
yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-nama seperti hantu raya, pelesit,
pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu.
Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali
dengan nama jin dan syaitan. Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk
'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.dalam Surah al-Jin: 6
Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari
ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian
darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin
tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk
mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang
meragukan dari sudut syariat, antaranya:
a) Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’.
Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan
kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh
Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili
dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
b) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsurunsur
syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
c) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat
difahami.
d) Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering
melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
146
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
e) Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa
belajar.
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek
moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila
pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela
maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah
mati itu tadi. Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian
tuan punya saka tersebut:
a) Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah
rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek
moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
b) Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam
keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi
mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata
lebih panjang dari unsur manusia.
c) Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah
yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada
mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
d) Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut
ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
e) Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan
waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya
orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
f) Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati
semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.
Mereka yang menjadi sasaran Saka ialah anak cucu yang sangat cetek
pengetahuan agamanya, anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar
peraturan agama, anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan
puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan
sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan. Anak cucu yang
lemah, fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan
mangsanya. Selain itu, anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang
dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang
mengantuk disorongkan bantal. Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan
dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar
syariat Allah s.w.t.
Gejala pada waktu tidur:
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya
lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya
erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya.
Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke
dalam jasadnya.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau
diistilahkan sebagai hantu.

oleh: Mua’lij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

0 Comments:

Pelbagai Jenis Za'faran

Photobucket

Photobucket

Photobucket