Firman Allah s.w.t. di dalam surat a-Zariyat
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu.
Dalam ayat di atas Allah s.w.t. menyatakan bahawa Allah mencipta dua jenis makhluk yang dinamakan manusia dan jin. Dan kedua-duanya mestilah beribadat kepadaNya.
Beberapa kesimpulan yang dapat dibuat daripada ayat di atas adalah seperti berikut:
1) Hanya manusia dan jin sahaja mempunyai beban taklif untuk beribadat kepada Allah.
2) Sebenarnya yang diistilahkan sebagai khadam, penunggu, hantu (macam-macam jenis hantu), dewa2 dan sebagainya tidak lebih hanya dari bangsa jin.
3) Allah menyebut manusia dan jin kerana untuk mengingatkan dua golongan ini kerana mereka sering lupa tanggungjawab untuk beribadat kepada Allah berlainan dengan malaikat kerana malaikat tidak pernah ingkar kepada Allah. Sebab itu Allah tidak menyebut nama malaikat di dalam ayat tersebut sekalipun malaikat juga beribadah kepada Allah.
Wallahua'lam.
KIRI 1 di Johor Bharu
8 years ago
0 Comments:
Post a Comment